Tragedi Ribut Greg yang berlaku pada tahun 1996 adalah salah satu sejarah ribut tropika terburuk di Malaysia. Ianya mula dikesan pada jam 2 petang, 24 Disember 1996 dan mula membadai Sabah pada 26 Disember 1996 dengan mengorbankan 238 nyawa, 102 orang dilaporkan hilang ketika itu. Ribut hanya lenyap pada 28 Disember 1996 di Laut Sulawesi.
Kebanyakan mangsa-mangsa di Kampung Pampang dan Limbawan yang berdekatan dengan Sungai Pampang, Keningau, sedang tidur pada ketika itu (4 pagi, 26 Disember), dihanyutkan oleh Banjir Kilat Besar. Polis, Tentera, JPA3 dan Bomba segera mengadakan usaha mencari dan menyelamat sebaik mendapat maklumat. Namun, kebanyakan mangsa tertimbus di dasar sungai atau ditindih pokok yang menyukarkan usaha menyelamat. Usaha mencari mangsa dihentikan pada 12 Januari 1997.
Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca ada memberikan amaran kejadian ribut akan berlaku pada ketika itu. Namun, tidak ada sistem amaran berkesan menyebabkan kemalangan nyawa yang besar. Ribut Tropika Greg membawa angin tropika berkelajuan 50 hingga 70 kilometer sejam (km/j) dari arah Laut China Selatan menghala ke pantai barat Sabah dan utara Sarawak. Kelajuan angin itu menyebabkan laut bergelora dengan ombak setinggi tiga hingga lima meter. Bagaimanapun angin kencang itu reda sejak pagi hari kejadian dan hampir semua kawasan di pantai barat Sabah dilaporkan mendung dan tidak hujan sehingga petang.

Source: Wikipedia, Arkib Berita Harian, Arkib Utusan Malaysia
Blogger Comment
Facebook Comment