Penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Pada hari ini, 2 Januari 1905, sebuah Sekolah Melayu berasrama penuh telah ditubuhkan di Kuala kangsar dengan 8 orang murid dan 3 orang guru dibawah pentadbiran guru besarnya yang pertama, William Hargreaves. Ini telah membawa kepada Penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Tujuan asal penubuhan sekolah ini ialah khas untuk memberi pelajaran dan latihan kepada anak-anak kaum kerabat diraja dan pembesar-pembesar Melayu supaya dapat mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan kerajaan British di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, ramai anak-anak kaum kerabat diraja dan pembesar Melayu telah mendapat pendidikan di Kolej ini dan ramai juga telah berjaya dan memegang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran british.

Kemudiannya Kolej ini telah menerima pelajar-pelajar dari semua golongan tanpa mengira keturunan asalkan mereka dapat menunjukkan pencapaian yang baik dalam pelajaran. Kolej ini telah berjaya menghasilkan ramai para cendikiawan melayu dan ramai juga yang memegang jawatan-jawatan tinggi dan penting dalam perkhidmatan kerajaan Malaysia sehingga sekarang. Di antara beberapa orang bekas pelajar Kolej ini ialah Allahyarham Dato' Onn Bin Jaafar dan Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein.

Source: Arkib Negara.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
 
Copyright © 2013. Berita Lama - All Rights Reserved